-

-

Monday 17 October 2016

Penubuhan Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Utara (MRSSPU)



Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP) ditubuhkan berdasarkan Seksyen 42(1) (2) dan (3) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1993. Penubuhannya mula berkuatkuasa pada 1 Jun 1994 mengikut Warta Kerajaan Negeri Pulau Pinang Jld.40 Nombor 8 yang bertarikh 11 April 1996. Sejak ditubuhkan hingga 1 Januari 1997 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang ditadbir bersama dengan Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAIPP). Begitulah juga Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Utara (MRSSPU) di tadbir bersama Pejabat Agama Daerah Butterworth di Tingkat 3, Bangunan Syed Shahabudin, Jalan Abdullah Badawi, Butterworth

Pada tahun 1995 Perjabat Agama bersama mahkamah telah berpindah ke bangunan baru iaitu di Jalan Loader Off Jalan Bagan Luar, Butterworth dan Bangunan Syed Shahabudin telah dirobohkan untuk pembinaan Leburaya Lingkaran Barat.

Mulai 1 Januari 1997 JKSNPP telah diasingkan daripada pengurusan JAIPP dan mempunyai pentadbirannya sendiri, di mana JKSNPP diketuai oleh Ketua Hakim Syarie Negeri Pulau Pinang. Begitu juga MRSSPU telah diasingkan daripada Pejabat Agama Butterworth dengan diketuai Hakim Mahkamah Rendah Syariah tetapi masih di dalam satu bangunan di mana mahkamah ditempatkan di aras bawah dan Pejabat Agama di aras atas.

Pada bulan September 2009 MRSSPU telah berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Bertam 1, Kepala Batas Seberang Perai Utara. MRSSPU tidak berseorangan kerana Mahakamah Tinggi Syariah Dewan 4 dan Seksyen Sokongan Keluarga juga di tempatkan dibangunan sama.

MRSSPU bertanggungjawab mengurus, mendengar dan memutus kes-kes di peringkat Mahkamah Rendah di dalam pengurusan kes mal, jenayah dan faraid. Top of Form