Jabatan
Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang (JKSNPP) ditubuhkan berdasarkan Seksyen
42(1) (2) dan (3) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang
1993. Penubuhannya mula berkuatkuasa pada 1 Jun 1994 mengikut Warta Kerajaan
Negeri Pulau Pinang Jld.40 Nombor 8 yang bertarikh 11 April 1996. Sejak
ditubuhkan hingga 1 Januari 1997 Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang
ditadbir bersama dengan Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAIPP). Begitulah
juga Mahkamah Rendah Syariah Seberang Perai Utara (MRSSPU) di tadbir bersama
Pejabat Agama Daerah Butterworth di Tingkat 3, Bangunan Syed Shahabudin, Jalan Abdullah
Badawi, Butterworth
Pada tahun
1995 Perjabat Agama bersama mahkamah telah berpindah ke bangunan baru iaitu di
Jalan Loader Off Jalan Bagan Luar, Butterworth dan Bangunan Syed Shahabudin telah
dirobohkan untuk pembinaan Leburaya Lingkaran Barat.
Mulai 1
Januari 1997 JKSNPP telah diasingkan
daripada pengurusan JAIPP dan mempunyai pentadbirannya sendiri, di mana JKSNPP diketuai oleh Ketua Hakim Syarie Negeri
Pulau Pinang. Begitu juga MRSSPU telah diasingkan daripada Pejabat Agama
Butterworth dengan diketuai Hakim Mahkamah Rendah Syariah tetapi masih di dalam satu bangunan di mana mahkamah ditempatkan di
aras bawah dan Pejabat Agama di aras atas.
Pada bulan
September 2009 MRSSPU telah berpindah ke bangunan sendiri di Jalan Bertam 1,
Kepala Batas Seberang Perai Utara. MRSSPU tidak berseorangan kerana Mahakamah
Tinggi Syariah Dewan 4 dan Seksyen Sokongan Keluarga juga di tempatkan
dibangunan sama.
MRSSPU
bertanggungjawab mengurus, mendengar dan memutus kes-kes di peringkat
Mahkamah Rendah di dalam pengurusan kes mal, jenayah dan faraid.
No comments:
Post a Comment